Monday, September 24, 2012
FRUIT TART
Melalut panjang dah ni.. sebenarnya ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap mudah dan menarik! Rasa-rasa ramai yang dah pernah makan dan mungkin ada yang dah pon mencuba.. Resepi ni memang sangat sesuai kalau kita nak jadikan aktiviti santai di hujung minggu bersama anak-anak. Masa nilah kita nak menggalakkan anak-anak berjinak-jinak ke dapur. Tentu dorang suka bermain dengan tepung dan menguji skill deco-mendeco ni.... lagi pula bila melihatkan buah-buahan yang berwarna - warni menariknya..
Resepi kali ni hasil di goda oleh CMG.. wallaaa.. tak tertahan-tahan air liur melihatkan Fruit Tart Mat Gebu berposing.. dah lama sebenarnya keinginan nak membuat fruit tart ni.. Dah kerap kali ita beli buah-buahan ni, bila letak peti ais nak buat aje dah lesap.. Bila ita dok sorokkan laaa... terlupa pulak sampai dah bonyo dah kawan tu tersorok.. hihi
Tapi kali ni mesti jadi! nak buat jugak dah mengalahkan orang mengidam pula rasanya..
Cari kat Jusco ala.. tak cun pulak buah dia.. ita ni malas betul kalau beli buah kat Jusco selalu yang luar tu nampak cantik tapi part dalam yang tersembunyi tu hampeh aje bila kita buka.. bungkusan tu..
Ita cari kat Coldstorage tapi kali ni tak berapa cun jugak ! Oooo.. terlupa musim snow kot.. tak de buah lah agaknya tu.. emmm.. dapat sikit yang molek-molek ni pon jadi lah.. janji dapat puaskan anak tekak yang dah lama mengidam ni..
FRUIT TART
Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje
Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita ganti gula icing
Penyediaan Tart
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment